Softskill (Telefon Berantai ataupun Telefon Rosak) & Advokasi (Keganasan Siber)
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskill dengan satu aktiviti Telefon Berantai ataupun Telefon Rosak bagi menilai dan mengetahui sejauh mana penguasaan penerimaan dan penyampian mesej para peserta.
Aktiviti ini diadakan pada 26 Januari 2019 (Sabtu). Objektif aktiviti ini adalah bagi membantu peserta dalam penguasaan penerimaan dan penyampian mesej mereka. Aktiviti ini diadakan selama 1 jam dari jam 2 hingga 3 petang. Kemudian disambung 1 jam dengan advokasi bertajuk Keganasan Siber. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 11 orang pelajar iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah.
Semasa aktiviti ini, pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan diberi 1 tugasan yang berlainan tajuk dan akan disampaikan dari peserta kepada peserta yang lain dalam kumpulan. Pada petang ini, 1 kumpulan terdiri dari pada 6 orang dan kumpulan kedua seramai 5 peserta. Walaubagaimana pun, penerimaan peserta ke 2 setiap kumpulan amat mengecewakan. Dimana mereka tidak dapat menerima mesej dan menyampaikan mesej yang diterima.
Untuk aktiviti ini, penyampaian, penerimaan pemahaman dan pendengaran amatlah penting bagi penerimaan dan penyampaian mesej. Hal ini kerana, dengan sedikit kesilapan atau kelalaian dalam penerimaan dan penyampian mesej itu boleh memberi maksud yang berbeza dari mesej sebenar.
Kesimpulan dari Kelas Softskill ini, peserta – peserta sedar akan penguasaan penerimaan dan penyampian mesej amatlah penting dalam kehidupan kita dan jangan sekali-kali lalai dan abaikan skill ini. Moga dengan Soffskill penguasaan penerimaan dan penyampian mesej ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam kehidupan kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: